Wednesday, January 7, 2009

Untuk Melayu Negara Orang


KEMEWAHAN, KEMAKMURAN, KEKAYAAN, KEAMANAN, KEMERDEKAAN ADALAH MILIK SETIAP INSAN

Monday, December 22, 2008

1001 Kisah Papan Tanda UMNO dan PAS

Hampir sebulan berkelana di Permatang Pauh adalah sesuatu yang memenatkan. Tujuannya hanyalah satu, meneruskan perjuangan yang belum diselesaikan. Kini segala tanggungjawab dan bebanan tersebut telah diselesaikan untuk tahun 2008. Jadi, dapatlah juga digunakan untuk CUTI-CUTI MALAYSIA. Cuti ini digunakan sepenuhnya untuk berehat disamping melapangkan minda disamping meremba-remba mengembara ke utara tanahair. Pada pagi jumaat (19hb) masa cuti digunakan sebaiknya... perjalanan dimulakan menuju ke kawasan Perdana Menteri yang akan mengalihkan kuasanya tidak lama lagi. Walaupun tidak berapa arif tentang jalan-jalan serta liku-liku di Kepala Batas tetapi sekurang-kurangnya PAPAN TANDA yang ada disepanjang jalan digunakan sebaiknya untuk meng'explore' jalan di sana. Tempat pertama yang disanggahi adalah Pongsu Seribu. Mungkin penduduk disini hanya mampu mengira hanya sampai seribu sahaja ataupun bilangan penduduknya terhad hanya setakat bilangan tersebut sahaja.

Setelah tiba, saya duk melepak sambil berborak serta mengumpat bersama teman yang dulunya sekampung tetapi kini dia telah membawa haluannya bersama isteri dan anaknya ke Pulau Pinang. Segala topik dan kisah lama diborakkan kembali.

Setelah selesai menunaikan solat jumaat serta mengisi perut di sebuah kedai berhampiran di situ, saya meneruskan kembali operasi beremba-remba ke Negeri yang dahulunya di kuasai oleh kaum kerabat UMNO tetapi kini kaum kerabat tersebut telah terterap dan digantikan dengan barisan kepimpinan Negeri yang baru. Saya tidaklah arif mengenai selok-belok jalan di sana. Sekali lagi PAPAN TANDA menjadi teman sejati sepanjang perjalanan. Terlalu banyak kenangan semasa berada di Negeri Jelapang padi tersebut. (8315) - kenangan terindah

Keesokan harinya, setelah segala penat hari sebelumnya hilang, saya meneruskan lagi operasi beremba-remba. Tempat demi tempat dilalui walaupun tanpa arah tuju, perjalanan yang hanya untuk melapangkan minda. Tengaharinya, saya kembali berjanji untuk berjumpa dengan teman semalam. Kami berjanji untuk bertemu di GIANT - bukanlah gergasi mahupun lelaki gemuk yang selalu buli Nobita di dalam kartun Doraemon, tetapi sebuah pasaraya besar yang terdapat di sebuah simpang empat untuk menuju ke Pekan Sungai Petani

Setelah berjumpa, kawan menjemput untuk ke rumah keluarga Mertuanya yang saya tidak ambil tahu mengenai namanya.

Di sana, pelabagai isu diperkatakan sehinggalah bapa mertuanya membuka topik mengenai keadaan politik semasa. dalam kerancakan bersembang mengenai JALAN-JALAN CARI MAKAN, secara tiba-tiba bapa mertuanya berkata "Sekiranya kita sesat dalam perjalanan, Panduan Utama adalah PAPAN TANDA PAS bukan PAPAN TANDA UMNO". Termenung sejenak saya memikirnya, rupanya dia juga seperti saya, berjalan CUTI_CUTI MALAYSIA dengan berpandukan papan tanda HIJAU untuk memasuki HIGHWAY dan bukannya papan tanda berwarna BIRU yang menunjukkan tempat-tempat di kawasan tersebut.

Maka, terfikir juga saya bahawa HIJAU ini membawa kepada kemudahan dan BIRU sedikit sebanyak akan menyesatkan juga diri kita. Jadi kepada kaum kerabat yang takut kepada kehijauan-apa ditunggu lagi, cepat-cepatlah kita tukarkan warna papan tanda ini. Dan jangan lupa ditukarkan sekali lampu isyarat yang berwarna hijau serta segala kehijauan yang ada di bumi ini...heheheehe





Saturday, December 20, 2008

Pisau Lipat

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah sekolah sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan… Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

“Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?” tanya pelajar senior itu..Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

“Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!”Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

“Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!”

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu…

“STAINLESS STEEL cepat keluar…!!!”